Sama-samalah kita renung kisah ini....
Cerita Lelaki dengan Anak dan Keldai pergi ke Pasar. (Semua lukisan dari laurakgibbs' photostream di flickr) |
“Betul juga kata mereka,” fikir lelaki itu. Lelaki itu pun meletakkan anaknya ke atas keldai dan meneruskan perjalanan di samping anaknya. Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan beberapa orang tua yang mengatakan dengan keras kepada anak itu, “Kau ini tak tahu malu, anak yang malas. Kenapa kau yang menunggang sedangkan bapamu yang sudah tua pula yang berjalan. Sebaiknya kau turun dan biarlah bapamu yang menunggang.” Dengan perasaan malu, anak itu cepat-cepat turun dan memberi tunggangan kepada bapanya.
Dengan itu, lelaki itu memangku anaknya ke atas keldai dan mereka berdua pun menunggang bersama-sama. Sebelum mereka tiba ke pasar, seorang penduduk kota menghentikan mereka. “Apakah kamu tidak punya belas kasihan pada haiwanmu?” jerit orang itu. “Apa yang kamu lakukan ini sama seperti kezaliman pada keldaimu. Kamu berdua lebih mampu mengangkat keldai ini daripada dia menanggung berat kamu berdua!”
Selepas itu, lelaki itu dan anaknya pun turun daripada keldai, mengikat kaki-kaki keldai itu, lalu memangku keldai itu dengan sebatang galah di atas bahu mereka. Apabila orangramai melihat perkara itu, mereka pun ketawa berdekah-dekah sehingga menakutkan keldai itu. Keldai itu mula menerajang dan terlepaslah ikatan tali pada kakinya lalu terjatuhlah keldai itu ke dalam sungai dan mati lemas.
Pengajaran daripada cerita ini:
1.~“Apabila kita cuba menyenangkan setiap orang, akhirnya kita tidak dapat menyenangkan seorangpun.”
2.~ Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan dan jangan hanya terpedaya dengan cakap2 orang disekeliling kita...Kerana kita yang akan mendapat susah, biarlah apa yg orang akan cakap tentang diri kita kerana tak mungkin kita dapat tutup mulut semua orang daripada bercakap asalkan semua perkara yg kita buat mendapat keberkatan Allah S.W.T...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan