Sabtu, 16 November 2013

KUIH LOYANG MADU KAK CIK

Kuih Tradisional
Loyang Madu
(Kak Cik)


Salam...

Kami sedia menerima tempahan kuih loyang untuk
majlis kenduri, majlis keramaian, musim perayaan
dan hari-hari biasa.

* Area Utara , Kuala Lumpur Dan Selangor
* Tempahan boleh dibuat setiap hari
   (beroperasi:8.00 a.m- 9.00 p.m)
* Produk keluaran 100% bumiputera.
* Pengedar dan Stokis diperlukan diseluruh negara.

Harga adalah seperti berikut:

HARGA PROMOSI!!!
-Kuih loyang madu
1 paket (16 keping) : RM 3.50

~TERLAJAK SEDAPPP~

Untuk tempahan/pertanyaan boleh hubungi Kak Cik di
talian : 0134155898 / 04-7595654

TQ.
TERLARIS DI PASARAN !!!

Khamis, 19 September 2013

UBAH DIRI KITA DAHULU SEBELUM MENGUBAH ORANG LAIN


Orang akan mencari kesalahan orang lain sedangkan kesalahan sendiri tidak cuba diperbaiki. Ubah diri kita dahulu sebelum mengubah diri orang lain. 

~ Kisah seorang sahabat yang sejak kecil berkeinginan untuk mengubah dunia, setelah beberapa lama dia tidak berjaya dia kurangkan impiannya untuk mengubah negaranya pula, namun setelah sekian lama dia juga tidak berjaya dan dia terus berusaha untuk merubah masyarakatnya pula. Usaha untuk merubah masyarakat juga tidak berjaya dan meneruskan usaha merubah keluarganya pula dan juga menemui jalan buntu dan setelah usianya tua barulah dia terfikir jika dia bermula dari bawah usahanya dengan memperbaiki dirinya dahulu, kemudian keluarganya , seterusnya masyarakat dan negara dia pasti dapat merubah dunia dengan berjaya.

JANGAN KITA BERTANYA APA YANG NEGARA BUAT PADA KITA, TETAPI TANYALAH APA YANG KITA TELAH LAKUKAN PADA NEGARA

Rabu, 18 September 2013

KUIH-KUIH TRADISIONAL



KUIH LOYANG


KUIH BAHULU


KUIH KARAS


KUIH CAKAR AYAM

KUIH PELITA


KUIH KAPIT


3 PULAU DI MALAYSIA YANG MENARIK UNTUK DILAWATI



PULAU LANGKAWI - TASIK DAYANG BUNTING



PULAU PANGKOR - PERAK


PULAU REDANG - TERENGGANU

KEMERDEKAAN MALAYSIA KE 56


MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Pada 31.OGOS.2013 yang lalu genaplah 56 tahun kemerdekaan Malaysia. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum turut sama meraikan majlis sambutan kemerdekaan. Ini membuktikan kecintaan kita kepada tanah air dan penghargaan kepada para pejuang kita yang telah berkorban hingga ketitisan darah yang terakhir. Kita rakyat Malaysia haruslah berganding-bahu memelihara negara kita dari sebarang pencerobohan dari anasir-anasir luar yang hanya mahu memusnahkan kemajuan dan kemakmuran negara yang telah kita kecapi selama ini.

Khamis, 13 September 2012

Kisah Dua beranak dan Keldainya




Sama-samalah kita renung kisah ini....
Cerita Lelaki dengan Anak dan Keldai pergi ke Pasar.
(Semua lukisan dari laurakgibbs' photostream di flickr)
Pada suatu hari, seorang lelaki dengan anaknya sedang membawa keldai mereka ke pasar. Setelah beberapa ketika, mereka mendengar sekumpulan gadis menertawakan mereka. “Lihat!” teriak gadis-gadis itu. “Bodohnya mereka ini! Ada keldai untuk ditunggang tapi masih juga berjalan kaki.”


 “Betul juga kata mereka,” fikir lelaki itu. Lelaki itu pun meletakkan anaknya ke atas keldai dan meneruskan perjalanan di samping anaknya. Tidak lama kemudian mereka bertemu dengan beberapa orang tua yang mengatakan dengan keras kepada anak itu, “Kau ini tak tahu malu, anak yang malas. Kenapa kau yang menunggang sedangkan bapamu yang sudah tua pula yang berjalan. Sebaiknya kau turun dan biarlah bapamu yang menunggang.” Dengan perasaan malu, anak itu cepat-cepat turun dan memberi tunggangan kepada bapanya.


 Tidak berapa jauh perjalanan, mereka bertemu dengan beberapa wanita dengan anak-anak kecil. “Kejamnya lelaki ini!” kata salah seorang wanita itu. “Dia duduk di situ senang-lenang sementara anaknya terpaksa bersusah-payah berjalan untuk mengikutnya.”



Dengan itu, lelaki itu memangku anaknya ke atas keldai dan mereka berdua pun menunggang bersama-sama. Sebelum mereka tiba ke pasar, seorang penduduk kota menghentikan mereka. “Apakah kamu tidak punya belas kasihan pada haiwanmu?” jerit orang itu. “Apa yang kamu lakukan ini sama seperti kezaliman pada keldaimu. Kamu berdua lebih mampu mengangkat keldai ini daripada dia menanggung berat kamu berdua!”


Selepas itu, lelaki itu dan anaknya pun turun daripada keldai, mengikat kaki-kaki keldai itu, lalu memangku keldai itu dengan sebatang galah di atas bahu mereka. Apabila orangramai melihat perkara itu, mereka pun ketawa berdekah-dekah sehingga menakutkan keldai itu. Keldai itu mula menerajang dan terlepaslah ikatan tali pada kakinya lalu terjatuhlah keldai itu ke dalam sungai dan mati lemas.


Pengajaran daripada cerita ini: 
1.~“Apabila kita cuba menyenangkan setiap orang, akhirnya kita tidak dapat menyenangkan seorangpun.”
2.~ Kita hendaklah bijak dalam membuat keputusan dan jangan hanya terpedaya dengan cakap2  orang               disekeliling kita...Kerana kita yang akan mendapat susah, biarlah apa yg orang akan cakap tentang diri kita kerana tak mungkin kita dapat tutup mulut semua orang daripada bercakap asalkan semua perkara yg kita buat mendapat keberkatan Allah S.W.T...






Khamis, 19 Julai 2012

Kisah Pensel dan Pemadam

Kisah Pedoman

Pensel : Saya minta maaf.

Pemadam : Untuk apa ? Awak x bwat salah pun...

Pensel : Saya nak minta maaf, disebabkan saya awak cedera. Setiap kali saya membuat silap, awak pasti berada di situ membetulkan kesilapan saya. Setiap kali awak memadam kesilapan saya, awak kehilangan sebahagian dari diri awak.Awak menjadi semakin kecil.

Pemadam : Itu betul...Tapi saya langsung x kisah tentangnya kerana saya dibuat untuk memperbetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun saya tahu suatu hari nanti saya pasti akan hilang, saya berbangga dengan kerja ini. Jadi jangan risau, saya xmahu melihat awak bersedih.

-Ingatlah...Ibu bapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam dan kita anaknya sebagai pensel ...Dimana             ibu bapa kita sentiasa berada disisi membetulkan segala kesilapan yg telah kita lakukan...Mereka ibarat pemadam terbaik untuk anak2 mereka...Selagi mereka hidup janganlah mensia-siakan hidup mereka

-Jagalah ibu bapa anda & balaslah jasa mereka dengan kebaikan